Pak Lang paparkan tulisan AnjangMuor mengenai ziarah makam. (Rupanya lama senyap, tiba-tiba sudah muncul di Turki pula). Demikianlah perjalanan kita di dunia - mengumpul peristiwa, pengalaman serta habuan berkekalan ketika di akhirat.
Paparan beliau ini sangat sesuai untuk kita baca kerana mendapatkan keberkatan adalah tradisi orang-orang soleh zaman dahulu. Zaman sekarang orang lebih percaya pada teknologi. Sukar hendak ditemukan hubungan keberkatan dengan teknologi kecuali ada guru yang mendidik secara praktikal.
Bacalah tulisan AnjangMuor berikut yang tidak diedit...
***Ziarah Maqam: Antara Khurafat, Maksiat dan Berkat***
Salam ceria.
Lama tak menaip post ke blog. Bukan kerana key pad note book rosak macam Dayan, anjang taip guna BlackBerry je. So far, Q10 2′nd yang beli di Mekah dengan Abil tahun lepas masih ok. Mata je makin rabun, duk mengadap font yang kecil ni. Ada Mac Air, pembaca blog hadiah, tapi selalunya guna untuk edit je sebab susah nak menaip. Kenapa? Anjang menaip ikut kesempatan. Di meja, kerusi, tepi jalan, dalam kenderaan, di rumah, pejabat, stesyen bas, airport. Duduk, berdiri berbaring, jadi dengan BlackBerry yang sesuai.
2 hari lepas, dengan kasih sayang Allah dan doa kawan-kawan, anjang berpeluang menziarahi maqam-maqam kekasih Allah di Istanbul ini. Itulah antara tujuan utama anjang datang ke sini.
“Hari ni kita lapor diri!” ujar Tn Nasir yang anjang kenal sejak remaja lagi. Dulu anjang panggil, Abg Nasir. Beliau pernah lama berkhidmat dengan Abuya sebagai PA dan pemandu.
“Hari ni kita lapor diri!” ujar Tn Nasir yang anjang kenal sejak remaja lagi. Dulu anjang panggil, Abg Nasir. Beliau pernah lama berkhidmat dengan Abuya sebagai PA dan pemandu.
Terlalu banyak pengalamannya bersama Abuya yang tidak ada pada orang lain kerana lamanya beliau berkhidmat dengan mursyidnya. Seorang ‘pilot’ berpengalaman selalunya dikaitkan dengan berapa jam dia telah melakukan penerbangan. Walaupun tidak sama kerjaya PA jemaah sufi dibanding kerjaya seorang juruterbang, tetapi sudah tentu faktor lamanya berkhidmat penuh ketaatan akan menghadiahkannya lebih keberkatan dibanding orang lain.
Rupanya maksud ungkapan ‘lapor diri’ darinya ialah menziarahi maqam 2 orang kekasih Allah yang dengan berkat mereka dan kekasih-kekasih Allah yang lain, Turki ini masih ada bara-bara api Islam yang tidak padam meskipun di serang oleh yahudi ratusan tahun. Ya, kami berpeluang menziarahi maqam Saiyidina Abu Ayub Al Ansori dan maqam Sultan Muhammad Al Fateh serta maqam sahabat-sahabat Rasulullah SAW Saiyidina Kaab RA, Saiyidina Saiyyibatul Khudri RA, saudara susu Rasulullah SAW, Hamidulluah Al Khudri RA, Ahmad Al Ansori RA juga maqam cicit Rasulullah SAW, Saiyidah Fatimah dan Saiyidah Sakinah.
Saiyidina Abu Ayub Al Ansori RA sudah tentu semua pembaca mengenalinya. Mulianya beliau sangat jelas kerana unta Rasulullah SAW berhenti betul-betul di hadapan rumahnya dalam peristiwa hijrah lalu baginda menginap lama di rumahnya. Oleh kerana banyaknya berkhidmat dengan baginda menjadikan dirinya sangat kuat membela Nabi Muhammad SAW. Ini terbukti bila beliau dan isteri mengetuai beberapa orang sahabat membela Nabi dan Ummul Mu’minin, Saiyidatina Aisyah ketika Saiyidatina Aisyah difitnah berlaku curang dengan seorang sahabat.
Rupanya orang yang mampu membela adalah yang sangat kuat berkhidmat. Beliau juga adalah seorang sahabat yang sangat ingin membuktikan janji Rasulullah SAW berlaku di tangannya. Lalu Tuhan izinkan beliau berjuang hingga lanjut usianya dan meninggal dunia berdekatan dengan kota Konstatinopel. Sultan Muhammad Al Fateh pula sangat terkenal di timur dan barat kerana beliaulah orang yang berjaya membuktikan kebenaran hadis Nabi SAW berkenaan akan terbukanya kota Konstatinopel oleh sebaik-baik ketua tentera dan sebaik-baik tentera.
Di sisi maqam-maqam kekasih Allah inilah kami mengadukan segala masalah. Merintihkan kemenangan untuk Islam. Meminta dianugerahkan rasa takut setakut-takutnya pada Allah, rindu serindu-rindunya pada Nabi ke dalam hati seluruh ahli GISB. Memohon agar MH370 dizahirkan di tangan pejuang-pejuang Tuhan bukan pemuja-pemuja akal dan teknologi. Juga hajat-hajat kawan-kawan dipanjatkan. Di tempat penuh berkat.
Diketuai oleh Tn Nasir, kami bergerak dari maqam ke maqam menaiki Mercedes Sprinter yang dipandu oleh En Yahya. Rombongan terdiri dari Tn Hj Mohd Ani dan isteri, Pn Azwa, Pn Saiyidah Nafisah, Cik Pn Sofwah, En Nazif, Pn Azni, Pn Mahfuzah, Dhirar dll. Memang bukan kali pertama anjang menziarahi tempat berkat ini, ada yang dah masuk kali ketiga. Anjang pernah menyambut hari raya di sini dengan En Hafiz dan beberapa orang yang lain. Tapi indahnya kali ini kerana berkenderaan sendiri (walaupun menyewa-insyaAllah moga akan direzkikan kenderaan sendiri suatu masa nanti), maka kita boleh menyusun program kita sendiri 100%.
Dalam menziarahi maqam, kita boleh melihat ada beberapa golongan. Puak yang anti ziarah maqam tu kita tak payah bincang la sebab mereka adalah golongan yang tak mahu faham. Mereka golongan yang dah kehilangan ‘rasa’ dan ‘perasaan’. Agama bagi mereka yang zahir-zahir sahaja. Bagi yang menziarahi maqam, ada 3 golongan:
1. Khurafat
Ini banyak dilakukan oleh puak Syiah. Mereka berlebih-lebihan dalam menziarahi maqam. Ada yang dari luar maqam dan menjilat-jilat lantai maqam. Tak percaya pergi tengok di Syria. Tapi sekarang tak boleh. Syria masih sangat bergolak. Takut nanti, anjang pula kena ziarah maqam korang. Dulu, anak Abu Mubarak ada yang jilat-jilat maqam sebab ketika ziarah dia nampak orang Syiah buat begitu, dia tiru. Budak-budak, manalah dia tahu. Pastu Syiah ni akan ikat benang-benang berwarna hijau di besi jeriji atau jaring di maqam. Penuh dengan benang hijau berpintal. Serabut betul. Tak cukup dengan tu, dilekatkan mangga-mangga kecil di maqam. Jadi serabai maqam bila dibuat begitu.

2. Maksiat
Ni banyak dilihat di Turki. Maqam-maqam kekasih Allah jadi tumpuan ziarah. Majoriti yang menziarahinya semata-mata inginkan berkat tetapi banyak terikat dengan adat. Ikut-ikutan tanpa ilmu dan panduan. Nampak orang lain ziarah, hajat mereka tertunai, dia pun ikut ziarah. Tengok mak ayah dia ziarah maqam, dia pun tiru. Maka kita perhatikan, ramai yang menziarahi maqam tanpa menjaga adab dan syariat. Rambut tak sempurna bertudung. Ada yang datang dengan berskrit yang jelas terbuka aurat. Ramai juga yang datang dengan seluar jean ketat dan ber t-shirt. Tak rasa malu langsung dengan para kekasih Allah. Dengan manusia yang biasa pun dah hilang malu, betapalah dengan orang roh yang tak dapat dikesan oleh pancaindera lahir.

3. Berkat
Berkat itu definasinya ialah bertambah atas sesuatu. Buat sikit dapat banyak. Buat benda yang kelihatan kecik tapi kesannya menyelesaikan banyak masalah. Maka ziarah yang mendapat keberkatan adalah dengan menjaga adab-adab ziarah. Belajar mengenali peribadi tokoh yang hendak diziarahi terlebih dahulu agar kenal siapa mereka. Cuba bandingkan jasa mereka bermati-matian membela Allah dan Rasul dibanding dengan usaha kita yang tak seberapa. Masih santai-santai lagi. Agar timbul rasa tawadhu’ terhadap mereka. Rasa malu penuh hormat terhadap mereka. Cuba lihat kejayaan yang Allah lakukan di tangan-tangan mereka membuktikan Allah sangat dekat dengan mereka.

Atas kedudukan mereka di sisi Tuhan inilah kita datang mengadu, berdoa, merintih, meminta kepada Allah di sisi maqam-maqam mereka. Moga dengan kemuliaan mereka hajat-hajat kita diterima. Maka masuk ke kawasan maqam penuh hormat lalu mengucapkan salam. Sepertimana kalau berpeluang menghormati dan memuliakan mereka ketika hidup, begitulah kita menghormati dan memuliakan mereka setelah mereka pergi ke alam baqa’.
Maka berdirilah penuh rendah diri di sisi maqam atau duduk dan hadiahkan bacaan surah al Fatehah kepada mereka. Angkatlah kedua belah tangan dengan sopan dan berdoalah bersungguh-sungguh. Aktifkan hati dan perasaan. Fokuskan permintaan dan harapan. Kita di hadapan kekasih-kekasih Allah! Mereka bukan manusia biasa. Mereka mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah. Menangislah paling kurang di hati, mengenangkan nasib kita yang belum tahu, apakah mati dalam iman atau sebaliknya. Mengenangkan nasib Islam yang sangat diancam musuh. Siapakah yang ingin jadi pembela?
Marilah menziarahi maqam dengan menjaga adab-adabnya lahir dan batin, moga kita memperolehi berkat. Jika hajat tertunai, kita akan menjadi orang yang bersyukur dan malu penuh rasa hamba. Jika hajat belum dikabulkan, tetaplah sabar dan redha penuh kehambaan. Sudah tentu ia mempunyai 1001 macam hikmah. Lebihkan masa koreksi diri dan muhasabah.
Ampun maaf.
Otw ke Goynuk, maqam Syh Shamsudin Al Wali.
8.57am, Mac 17, 2014
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
8.57am, Mac 17, 2014
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
Catat Ulasan