Berikut adalah tulisan Dayan Dayak di dalam blognya. KLIK UNTUK KE BLOG CEROBOH LAGI.......

BERLINANG AIR MATA KU, MUDAH-MUDAHAN ALLAH AMPUNKAN AKU

Apa khabar korang semua?
Mudah-mudahan semuanya sihat, dibekati dan dilindungi oleh Allah Taala.

Aku? Alhamdulillah
Baru siap kemaskan pakaian, beg dan barang2 penting sebab kapei terobang aku petang esok bertolak ke Madinah dulu. Kemudian dai Madinah insya-Allah aku akan naik bas besama jemaah yang lain.

Tak sabar rasanya nak tunggu cerah esok.
Tak ada apa2 yang nak aku perkatakan di sini. Cukup sekadar aku tumpang gembira dengan perubahan yang berlaku di kalangan rakan2 aku dalam GISB.

Selepas majlis kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dulu nampaknya anda semua terus mendapat keberkatan daripada Allah. 

Terbaru, aku kagum dengan Ummu Jah yang berani mempertahankan Nabi dan sunnah baginda daripada puak2 mungkar hadis. Kalau dulu di Mesir ada seorang profesor yang berkata 2/3 ayat dalam al-Quran tak betul kini di Malaysia ada pula puak yang mempertikaikan kesahihan hadis dan kesahihan perkataan serta perbuatan Rasulullah.

Tanda2 kiamat sudah semakin jelas. Ke mana arah kita? Aku nie terlalu banyak dosa. Aku mohon sangat2 supaya Allah Taala ampunkan segala dosaku.

Berlinang air mataku ketika aku menaip patah perkataan ini kerana aku terasa amat kerdil sekali. Terutama apabila aku susunkan bait-bait doa. Mari kita sama2 baca doa ini dengan setulus hati dengan khusyuk. Dan anda rasailah. Pastinya air mata akan mengalir di pipi anda. 
 
Mulakan
YA ALLAH, SEGALA PUJI BAGI MU, ENGKAU ADALAH CAHAYA BAGI SELURUH LANGIT DAN BUMI SERTA SEMUA YANG ADA DI DALAMNYA.SEGALA PUJI BAGI MU, ENGKAU YANG MENGATUR SELURUH LANGIT DAN BUMI DAN SIAPA SAJA YANG ADA DI DALAMNYA.

SEGALA PUJI BAGI MU, ENGKAU ADALAH TUHAN YANG SEBENAR DISEMBAH. JANJI MU BENAR, FIRMAN MU BENAR, PERJUMPAAN DENGAN MU BENAR, SYURGA ITU BENAR, NERAKA ITU BENAR, HARI KIAMAT ITU BENAR, PARA NABI ITU BENAR, NABI MUHAMMAD ITU BENAR.

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR SEMULIA-MULIA MAKHLUK, NABI DAN RASUL MUHAMMAD SAW DAN JUGA KE ATAS KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA.

YA ALLAH KEPADA MU LAH AKU BERSERAH DIRI, HANYA KEPADA MU LAH AKU BERTAWAKAL.

YA ALLAH DENGAN MU AKU BERIMAN, KEPADA MU AKU KEMBALI, DENGAN MU AKU MENGADU, KEPADA MU AKU BERHUKUM.

YA ALLAH YA TUHAN KU AMPUNILAH UNTUK KU DOSA-DOSA KU YANG TELAH LALU DAN YANG AKAN DATANG DAN APA YANG AKU SEMBUNYIKAN DAN APA YANG AKU NAMPAKKAN. TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH KECUALI ENGKAU MAKA AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPA KU DAN KASIHILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHI KAMI KETIKA AKU  MASIH KECIL.

YA TUHAN KU SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON SUPAYA ENGKAU MEMELIHARA KU. KEPADA MU LAH AKU PERTARUHKAN AGAMA KU, AHLI KELUARGA KU DAN HARTA-HARTA KU. MAKA AMPUNILAH KAUM KELUARGA KU, MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, MUKMININ DAN MUKMINAT SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MATI.

YA ALLAH JADIKANLAH AKU DAN MEREKA ITU DI DALAM PEMELIHARAAN, PERLINDUNGAN, KEAMANAN DAN PENJAGAAN MU DARIPADA SEMUA SYAITAN DAN YANG MEMPUNYAI KEDENGKIAN DAN KEJAHATAN. SESUNGGUHNYA ENGKAU DI ATAS TIAP-TIAP SESUATU ITU MAHA BERKUASA.

WAHAI TUHAN KU! LIMPAHKANLAH SABAR KEPADA KU, DAN TEGUHKAN-LAH TAPAK PENDIRIAN KU.

WAHAI TUHAN KU! JANGANLAH ENGKAU MENGIRAKAN AKU SALAH JIKA AKU LUPA ATAU AKU TERSALAH. WAHAI TUHAN AKU JANGANLAH ENGKAU BEBAN-KAN KEPADA KU BEBANAN YANG BERAT SEBAGAIMANA YANG TELAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KU. 

YA ALLAH YA TUHAN KU, AKU MENGAKU AMAT SEDIKIT AMALAN YANG AKU LAKUKAN SEBELUM AKU BERDEPAN DENGAN MU. MAKA DENGAN ITU AKU MOHON SUPAYA DITEGUHKAN IMAN KU, DIKUATKAN HATI KU, DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KU SERTA DIBERSIH DAN DISUCIKAN JIWA KU SUPAYA DENGANNYA AKU DAPAT MENAMBAH AMALAN BAIK BAGI MENDAPAT PAHALA DAN REDHA MU WAHAI TUHAN AMAT PENYAYANG.

WAHAI TUHAN KU! JANGANLAH ENGKAU MEMESONGKAN HATI KU SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KU, DAN KURNIAKANLAH KEPADA KU LIMPAH RAHMAT DARI SISIMU; SESUNGGUHNYA ENGKAU JUALAH TUHAN YANG MELIMPAH-LIMPAH PEMBERIANNYA.

YA ALLAH JADIKANLAH AKU DAN KELUARGA KU, ORANG YANG HANYA BERSYUKUR KEPADA MU, BERZIKIR KEPADA MU, TAKUT KEPADA MU, TUNDUK KEPADA MU.

WAHAI TUHAN KU TERIMALAH TAUBAT KU, BERSIHKANLAH DOSA-DOSA KU, KABULKAN DOA KU, KUKUHKAN HUJAH KU, TUNJUKILAH HATI KU, LURUSKAN LISAN KU DAN KELUARKANLAH SIFAT DENDAM DARI HATI KU.

YA ALLAH KURNIAKAN AKU DAN KELUARGA KU KESIHATAN YANG BAIK WAHAI TUHAN YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

YA ALLAH TIADA SESUATU YANG MUDAH KECUALI SESUATU YANG ENGKAU JADIKANNYA MUDAH DAN ENGKAULAH YANG MENJADIKAN SESUATU YANG SUSAH ITU MUDAH DENGAN KEHENDAK MU, MAKA PERMUDAHKANLAH SEGALA SESUATU BUAT KU.

YA ALLAH KELUARKANLAH AKU DARIPADA KEGELAPAN RAGU-RAGU, MU-LIAKANLAH AKU DENGAN SINAR KEFAHAMAN, BUKAKAN BAGI KU PINTU ILMU DAN HIASILAH AKU DENGAN AKHLAK YANG BAIK DAN KASIH SAYANG.

YA ALLAH JADIKAN AKU ANTARA KALANGAN HAMBAMU YANG MENDAPAT BAHAGIAN YANG HEBAT PADA NUR YANG ENGKAU KURNIAKAN SEBAGAI HIDAYAH DAN RAHMAT YANG ENGKAU KURNIAKAN DAN REZEKI YANG ENGKAU SEBARKAN.

YA ALLAH SELAMATKANLAH AKU DAN KELUAGA KU SERTA SELURUH UMAT ISLAM DARIPADA MUDARAT DAN BALA DAN JAUHKAN KAMI DARIPADA FITNAH DAN HINDARILAH KEBURUKAN DARIPADA KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KU! AKU MOHON KEPADAMU KEIMANAN YANG SEMPURNA, KEYAKINAN YANG SEBENAR SEHINGGA AKU MENGETAHUI TIDAK AKAN MENIMPA BENCANA KEPADA KU MELAINKAN APA YANG TELAH ENGKAU TETAPKAN. 

YA ALLAH YA TUHAN KU! KEPADA ENGKAULAH SAHAJA AKU BERSERAH DIRI, DAN KEPADA ENGKAULAH AKU RUJUK BERTAUBAT, SERTA KEPADA ENGKAULAH JUA TEMPAT KEMBALI.

Bagaimana?
Sebelum aku terlupa, aku sekali lagi mohon ampun maaf dan Insya-Allah aku akan hubungi seseorang apabila berada di Madinah dan Makkah untuk aku melawat pusat perniagaan GISB Holding di sana. Aku pun dah ada nombor telefon dia. Makasih Anjang. Mudah-mudahan aku diberi kesempatan oleh-Nya untuk melawat dan melihat kehebatan GISB. Insya-Allah

Catat Ulasan

 
Top