Inilah antara tulisan Sdr Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah mengenai Al-Marhum Ustaz Ashaari dan jemaah Darul Arqam. Bacalah!!
13Mei 2010, Jam 2.10 pm tadi Ustaz Ashaari Muhammad, 73 tahun, pengasas gerakan Al-Arqam (1968 – 1994) meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre kerana jangkitan paru-paru. Innalillahi wainna ilaihi raji’uun (Kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali). Beliau dikebumikan di tempat asalnya, Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. Menghargai sumbangan besar beliau kepada Dakwah Islam di Malaysia khususnya pada tahun-tahun 1970an, saya pergi ke tempat pengkebumiannya sebentar tadi. Walaupun Kg. Pilin terletak jauh di pendalaman Rembau, namun ratusan manusia yang datang ketika jenazah dikebumikan jam 10.00 malam tersebut menunjukkan jasa Al-Marhum tetap dikenang ramai manusia walau di akhir perjuangannya, Al-Marhum dan jemaahnya melalui fasa getir dan sukar terutama selepas pengharaman Al-Arqam tahun 1994 oleh Kementerian Dalam Negeri.
“Hari (Akhirat) yang tiada guna lagi harta dan anak pinak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran). Foto : Kubur Us Ashaari yang dikebumikan malam tadi.
Di tahun 1980 (ketika di tingkatan 3 MRSM Kuantan), seperti ramai masyarakat Islam di Malaysia, saya banyak mendapat kesan Islamik dari dakwah Al-Arqam yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari berslogan “Bergembiralah dengan Al-Quran dan As-Sunnah”, satu istilah yang biasa di dalam Fiqh Islam tetapi asing dalam masyarakat Melayu Islam ketika itu. (Foto : Saya dimalam pengekebumian Us Ashaari di Kg Pilin, Rembau, Negeri Sembilan, kampung asal Al-Marhum. Kubur Us Ashaari di depan orang yang berserban putih).
Gerakan Al-Arqam 1970an
Al-Arqam di era 1970an. Ustaz Ashaari duduk di tengah-tengah. Ketika ini hanya slogan “Al-Quran dan As-Sunnah” sahaja yang kedengaran. Belum ada slogan “Imam Mahdi – Syeikh Suhaimi”, “Pemuda Bani Tamim” dan sebagainya seperti di tahun-tahun 1990an.
Gerakan Al-Arqam bermula dengan 12 orang pada tahun 1968. Bilangan ahlinya mencapai 3000 orang pada tahun 1980. Pada tahun-tahun 1990an bilangan anggotanya dipercayai mencapai 10,000 orang atau seingat saya 6,000 keluarga seperti yang disebut di dalam salah satu buku terbitannya.
Saya mula mengenali gerakan dan menghadiri kursus-kursus anjuran Al-Arqam sejak di tingkatan tiga, tahun 1980. Ketika itu slogan Al-Arqam ialah “Bergembiralah dengan Al-Quran dan As-Sunnah”. Ketika itu isu yang mengaitkan Al-Arqam dengan ajaran sesat, pegangan Aurad Muhammadiah, Imam Mahdi Asy-Syeikh Suhaimi dan seumpamanya belum tersebar.
Dalam suasana penghayatan Islam dikalangan rakyat Malaysia masih baru, tidak ramai yang bertudung, bahkan ketika itu siapa yang mula bertudung digelar “hantu kongkong”, “ninja”, “dakwah songsang” dan sebagainya, kemunculan ribuan ahli gerakan Al-Arqam di tengah-tengah masyarakat dengan imej serban, jubah dan purdah memberi nafas baru kepada usaha-usaha kembali kepada agama Allah swt.
Imej dan risalah ”Islam Yang Syumul (Menyeluruh)” dikuatkan lagi dengan penonjolan Islam bersepadu melalui produk media seperti kaset-kaset ceramah 3-jam Us Ashaari seperti “Keindahan Islam”, “Hakikat Iman” yang tidak jemu-jemu saya dengar 6 atau 9 jam berulang kali, akhbar Al-Arqam, risalah Fardhu Ain, kaset dan persembahan nasyid Islam kumpulan Al-Arqam seperti Nada Murni, The Zikr pimpinan Al-Marhum Asri Rabbani, penghasilan produk makanan halal seperti mee, kicap, sos dsb yang ketika itu rata-rata umat Islam bergantung kepada kilang bukan-Islam.
Ramai tentunya masih ingat Klinik Bersalin Al-Arqam di Desa Minang, Gombak, yang merupakan klinik pertama anjuran gerakan Islam di Malaysia beridentitikan doktor dan jururawat berpurdah dan berjubah putih, mengazankan bayi di telinga kanan dan mengqamatkannya di telinga kiri.
Dari jalan besar Rembau – Tampin, Kg. Pilin masuk kira-kira 10-15 km ke hulu pendalaman kampung.
Foto ini saya ambil sebaik saya tiba di Kg. Pilin. Walaupun di pendalaman, hampir seribu manusia membanjiri Kg. Pilin memberikan penghormatan terakhir kepada Al-Marhum Ashaari Muhammad, pengasas gerakan Al-Arqam (1968-1994).
Zaman Kemuncak Dakwah (I) di Malaysia (1981-1982)
Mereka yang berumur 40an seperti saya, 50an dan 60an yang terlibat dalam gerakan Islam di Malaysia hari ini akan bersetuju dengan saya jika dikatakan bahawa dakwah dan kesedaran Islam di Malaysia mendapat momentum besar di tahun-tahun 1970an diantaranya melalui usaha dan pimpinan Ustaz Hadi dalam PAS, Anwar Ibrahim dalam ABIM, Ustaz Ashaari dalam Al-Arqam serta lain-lain individu dan badan Islam.
Momentum ini mencapai kemuncaknya pada tahun-tahun 1981-82. Kebetulan ketika itu saya di tingkatan 4 dan 5, umur yang penuh idealisme dan aktivisma. Saya tidak puas-puas menghadiri ”Kursus-kursus Kefahaman Islam” anjuran badan-badan berkenaan dan membawa masuk apa yang saya perolehi di sana, masuk ke dalam MRSM Kuantan seperti kaset, buku, kicap, sos, kayu sugi, ubat gigi halal (ketika itu Colgate disyaki ada minyak babi) dan lain-lain.
Di tahun-tahun tersebut juga, “Revolusi Tudung” tersebar dengan pesatnya di seluruh pelusuk negara. Di MRSM Kuantan ketika saya di tingkatan 1 (1978) dari kira-kira 300 pelajar wanita, hanya sekitar 20 orang memakai tudung, tetapi ketika saya di tingkatan 5 (1982) hampir 90% pelajar wanita memakainya. Hatta (hinggakan) pelajar yang tidak memakai tudung menukar fesyen pakaian sekolahnya dari blouse kepada baju kurung.
Bertemu kenalan lama, En. Jailani Jasmani di upacara pengekebumian Ustaz Ashaari. Beliau sezaman saya ketika menuntut di Australia (1983-1988). Beliau adalah diantara pimpinan Al-Arqam Australia, berpusat di Perth, manakala saya bergerak di dalam AFMSA (Australia Federation of Muslim Student Association – gabungan semua Muslim Student Association di universiti-universiti seAustralia).
Sebaik pengharaman Al-Arqam tahun 1994, En. Jailani diantara 11 orang pertama ditangkap dibawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Beliau dibebaskan 2 bulan selepasnya dan dikenakan tahanan dalam daerah selama 4 tahun. Ustaz Ashaari dikebumikan di tanah perkuburan di belakang Surau Kg. Pilin yang kelihatan di belakang kami.
Saya masih ingat ketika musim-musim cuti sekolah panjang akhir tahun 1981 (tingkatan 4) dan 1982 (tingkatan 5), saya meminta duit dari ayah saya di Seremban untuk menaiki bas bersambung bas ke Perkampungan Islam Al-Arqam, Sg Pencala, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kursus Kefahaman Islam anjuran Al-Arqam, juga ke Jeram, Selangor anjuran Balai Dakwah Islamiyah (Ustaz Sahar – Ustaz Amin – Ustaz Nasoha) dan berbagai kursus Islam lagi.
Ketika mana pemakaian tudung masih pelik dan asing di Malaysia, menghadiri kursus Islam seperti itu selama beberapa hari di tengah-tengah ribuan peserta yang memakai serban, jubah, purdah, menjamu hidangan mee buatan kilang Islam, bersugi, berzikir munajat pimpinan Asri Rabbani, mendengar ceramah-ceramah 3 jam Ustaz Ashaari, diajari tidur secara sunnah, bangun berqiyamullail bersama, mandi air perigi beramai-ramai dan sebagainya memberikan suntikan semangat Islam yang kuat dan luar biasa terutama kepada mereka yang berada diumur belasan tahun seperti saya ketika itu.
Di musim persekolahan pula, saya sering menghadiri “Tamrin” atau Kursus Kefahaman Islam anjuran PKPIM/ABIM. Terima kasih kepada Al-Marhum Ustaz Mokhtar MRSM Kuantan yang sering membawa saya ke program-program berkenaan termasuk ke markaz ABIM Kuantan yang ketika itu masih dalam pembinaan. Dari masa ke semasa ceramah pidato 1 jam Ustaz Hadi Awang (kini Presiden PAS) dizaman itu dihadiri puluhan ribu orang memberikan kefahaman sahih dan semangat perjuangan yang tinggi kepada para pemuda pemudi termasuklah saya sendiri. Itu kisah 30 tahun yang lalu. Saya rasa tiadanya tokoh-tokoh seperti Ustaz Hadi dan Ustaz Ashaari berpidato hebat seperti zaman muda mereka dahulu adalah satu kekurangan dalam membina jiwa pemuda pemudi generasi 2010an pada hari ini. Memang usrah dan qiyamullail memberikan kefahaman dan kekuatan ruh untuk beramal dakwah, namun mendengar pidato dapat membangkitkan semangat dan keberanian dalam berdepan dengan apa sahaja rintangan dan godaan demi mencapai matlamat perjuangan yang telah diimani oleh hati nurani.
Zaman Keliru (1982-1998)
Saya rasa jika momentum 3-serangkai Ustaz Hadi/PAS – Anwar Ibrahim/ABIM – Ustaz Ashaari/Al-Arqam ketika itu berterusan sedekad dua lagi, tanpa berlaku permasalahan diaspek aqidah dan fikrah seperti yang berlaku pada gerakan Al-Arqam ditahun-tahun 1990an, Malaysia yang akan dibentuk dan dihasilkan adalah tidak sama seperti hari ini. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Pada tahun 1982, ketika saya di tingkatan 5 dan sebelum ke Australia, Mahathir/UMNO yang baru menjadi Perdana Menteri (1981) berjaya memikat Anwar untuk meninggalkan ABIM untuk berjuang bersama beliau didalam UMNO (1982). Sejak tahun (1982) bersejarah itu sehingga kehari ini, berlaku ketidaktentuan halatuju bukan sahaja dikalangan gerakan-gerakan Islam, bahkan juga dikalangan umum umat Islam di Malaysia.
Pada 1985, apabila polis kerajaan dibawah UMNO membunuh Ustaz Ibrahim Libya PAS bersama 13 pendokong-pendokongnya di Peristiwa Memali, Baling, Kedah, umat terpinga-pinga tidak mudah membuat pendirian terhadap tragedi tersebut kerana Anwar yang dianggap Islamik berada didalam UMNO. Sepanjang Anwar didalam UMNO, ramai ahli ABIM turut mendokong UMNO dan menjauhi PAS hinggalah mereka masuk PKR apabila Anwar dipecat dari UMNO tahun 1998, 16 tahun selepas itu.
Dalam zaman keliru seperti ini, Ustaz Ashaari yang pernah menjadi AJK PAS Selangor dan Ketua Dakwah ABIM Wilayah Persekutuan, serta jemaah Al-Arqam sendiri mula menjauhkan diri dari PAS dan ABIM lalu celupan tarikat Aurad Muhammadiah, kepercayaan kepada Imam Mahdi adalah Syeikh As-Suhaimi – pengasas tarikat tersebut, Majlis Yaqazah (Nabi saw didakwa turut hadir), Pemuda Bani Tamim dsb. Semakin menebal kedalam ideologi gerakan tersebut dari hari kesehari, tahun demi tahun, siap untuk difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994, lalu siap untuk dikenakan cubaan pukulan maut oleh pihak berwajib pada tahun yang sama.
Zaman Alaf Baru
Hari ini, yang masih seperti tahun-tahun 1981-82 dulu ialah Ustaz Hadi di dalam PAS. Adapun “players” tahun-tahun 1970an selain Ustaz Hadi seperti Anwar Ibrahim, beliau melepaskan ABIM (1982), Mahathir pula terpaksa melepaskan jawatan dalam UMNO kesan kebangkitan Reformasi 1998 dan prestasi terburuk UMNO dalam Pilihanraya 1999 manakala gerakan Al-Arqam Ustaz Ashaari diharamkan dan berkubur tahun 1994, diganti dengan versi baru “Rufaqak” (juga telah difatwakan haram), kemudian “Global Ikhwan” pada hari ini.
Tanpa disedari Zaman Keliru 16 tahun (1982-1998) telah berlalu dengan cepat, tidak menunggu samada gerakan atau umat Islam keliru atau tidak, lahir pula generasi-generasi Melayu baru, timbul gejala-gejala sosial parah yang tidak pernah berlaku sebelumnya dan sekronik hari ini seperti kelahiran puluhan ribu anak haram Melayu, sumbang mahram, rempit, rasuah jutaan bahkan bilion ringgit, curang, materialistik, cinta dan berlumba untuk dunia dan sebagainya. Jika dulu umat Melayu cukup dihibur dengan lagu dan filem P.Ramlee, akan tetapi sepanjang tempoh Zaman Keliru 16 tahun hingga kehari ini, kesempatan yang digunakan sebaik mungkin oleh pihak-pihak tertentu telah mencapai tahap merekrut generasi sosial dan hedonisma melalui pelbagai produk rancangan seperti Akademi Fantasia, Anugerah Juara Lagu dan seumpamanya.
Al-Arqam adalah pelopor Kesenian Islam di Malaysia sebagai salah satu wasilah Dakwah yang berkesan kepada golongan-golongan tertentu dan sebagai senjata alternatif dalam berdepan dengan serangan hiburan-hiburan Melayu ala Barat yang menjelek dan merosakkan . Foto: Penasyid-penasyid utama Al-Arqam, Al-Marhum Asri Ibrahim, vokalis kumpulan Rabbani dan dikanan beliau Munif Ahmad, vokalis kumpulan Hijjaz hari ini. Mereka ber”pakaian Al-Arqam”. Ketika itu alat muzik yang dianggap Islamik ialah gendang dan seumpamanya.
Diantara foto terakhir Ustaz Ashaari Muhammad, pengasas gerakan Al-Arqam. Setelah keluar hukuman ISA (Internal Security Act), mulut Ustaz Ashaari tidak boleh bertutur sehingga ke akhir hayatnya. Beliau hanya menggunakan bahasa isyarat, dikatakan hanya difahami oleh Hatijah Aam, isteri beliau.
Diantara sumbangan Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad kepada umat Islam di Malaysia khususnya ialah :
Al-Marhum berdiri teguh di hadapan dalam menghadapi serangan Budaya Barat yang melanda umat dan merubah identiti Islam mereka sejak sekian lama. Ini beliau lakukan secara amali dengan membentuk gerakan Al-Arqam yang cuba memaparkan Islam secara menyeluruh disetiap aspek kehidupan seperti pakaian menutup aurat, produk makanan Islam, ekonomi, media, hiburan dll.
Al-Marhum memberi nafas baru dan keyakinan kepada umat Islam bahawa mereka boleh menjana ekonomi, berdikari dan berjaya dalam skala yang besar (Group of Companies), asalkan mereka mempunyai penghayatan Islam yang baik, zuhud dan bekerja didalam team group (berjemaah).
Al-Marhum menjadikan jemaah Al-Arqam sebagai jemaah pertama di Malaysia yang berjaya menonjolkan Kesenian Islam (nasyid kumpulan Nada Murni, sajak dsb) sebagai salah satu wasilah dakwah yang meluas, bersepadu dan berkesan.
Al-Marhum dan jemaah Al-Arqam cuba mempraktikkan amalan poligami secara kolektif (berjemaah) sebagai salah satu usaha menangani aspek sosial seperti yang diketengahkan oleh Islam.
Al-Marhum melalui jemaah Al-Arqam berjaya didalam penghasilan produk media sebagai salah satu wasilah (cara) dakwah terpenting seperti akhbar Al-Arqam, majallah-majallah Anis, Asuh, An-Nasihah dan lain-lain. Majallah yang dihasikan sangat bermutu tinggi di segi bahan dan seninya. Di aspek ini juga Al-Marhum berjaya menggerakkan ahli-ahlinya, dewasa dan kanak-kanak berdakwah dan berniaga dengan cara mengedarkan majallah secara langsung di stesen-stesen bas, kompleks perniagaan dan di tempat-tempat awam.
Segelintir manusia menuduh ianya satu bentuk penganiayaan terhadap kanak-kanak. Saya melihatnya sebagai satu kekuatan. Kekuatan mendidik ahli bergerak dan teguh bertemu orang ramai, berdakwah dengan usaha amali (pengedaran secara langsung), tanpa menggunakan kata-kata. Tidak seperti ceramah yang mampu dilakukan oleh sebahagian ahli, cara jualan majallah secara langsung di tempat-tempat orang ramai boleh dimainkan oleh semua ahli yang komited dan separa-komited, disamping ia dapat menjana ekonomi untuk Dakwah.
Al-Marhum mendidik dan menghasilkan pengikut yang tajarrud (penyerahan diri yang bulat dan total), berjuang habis-habisan demi mencapai matlamat Dakwah yang digariskan oleh pimpinan, tanpa mengharap ganjaran dunia yang lumayan. Mereka menyumbang kepada jemaah, hidup berpoligami dalam kesederhanaan, sebahagian besar bekerja sepenuh masa untuk Al-Arqam dengan mendapat gaji berupa kupon-kupon Al-Arqam guna membeli makan minum hanya di kedai-kedai Al-Arqam untuk sara hidup diri dan anak isteri mereka.
Saya hanya memaparkan sumbangan-sumbangan positif Al-Marhum untuk dicontohi dimana yang baik oleh para Duat hari ini dan esok. Adapun isu-isu kontroversi Al-Marhum dan jemaah Al-Arqam yang ramai sedia maklum, memadai rasanya para pelawat budiman sekelian melawat link-link yang kami paparkan dalam posting ini seperti tulisan Dr Farahwahida, University Malaya dan link-link di atas. Moga Allah swt memelihara kita dari tipudaya musuh Islam, Syaitan, nafsu dan kejahilan.
Semoga Allah swt merahmati Al-Marhum, mengampuni dosa-dosanya, menerima taubatnya, memberkati amalan dan sumbangannya kepada umat Islam dan ditempatkan di Syurga bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman disana nanti.
Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Catat Ulasan