Sebuah akhbar Australia telah mengemukakan satu lagi teori - apa yang terjadi kepada MH370. Berdasarkan kepada jarak dan lokasi yang tidak munasabah dilaluinya, MH370 besar kemungkinan berada di dalam keadaan di luar kawalan juruterbang dan pembantunya. Ia mungkin terbang tanpa kawalan sesiapa dan akhirnya menjunam ke dalam laut selepas kehabisan minyak. 

Menurut laporan
The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini (21 Mac 2014), operasi menyelamat pesawat MH370 yang hilang diketuai Australia berakhir malam tadi tanpa sebarang serpihan ditemui. Walaubagaimana pun misi pencarian di kawasan perairan 2,500 km daripada Perth dalam operasi itu mencadangkan kemungkinan besar berlakunya kecemasan dalam Boeing 777-200ER tersebut,

Pesawat dan kapal melakukan pencarian semalam walaupun cuaca buruk untuk mencari objek termasuk sepanjang 24meter terapung di kawasan perairan Australia.

The Sydney Morning Herald mengatakan lokasi serpihan di Lautan Hindi “akan melenyapkan beberapa teori liar tentang apa yang berlaku dalam pesawat dan kecemasan dalam pesawat menjadi kemungkinan terbesar sekarang.”

Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk anak kapal untuk ke Beijing.

Putrajaya mengatakan semalam imej satelit merupakan “petunjuk boleh dipercayai” bagi misi pencarian yang disertai 26 negara itu.

Menurut The Sydney Morning Herald, kecemasan mungkin berlaku dalam pesawat tersebut yang cuba berpatah balik, tetapi komplikasi mungkin menyebabkan kru dan penumpangnya tidak sedarkan diri sehingga pesawat terbang dengan sendirinya dan terhempas apabila minyak habis.

Dengan imej satelit objek besar yang dikatakan Australia dikesan empat hari lalu, The Sydney Morning Herald mencadangkan pesawat MH370 tidak mungkin dirampas.

Catat Ulasan

 
Top