Pakar-pakar penerbangan yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat  MH370  tidak menafikan bahawa teori perurian udara telah berlaku terhadap pesawat itu semasa sedang naik pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut.

Teori peruraian di udara adalah kemungkinan yang berlaku terhadap pesawat itu, sebabnya jika berlaku demikian, maka adalah sukar menemukan kepingan pesawat. Keadaan inilah yang berlaku terhadap pesawat malang itu. Sehingga kini team SAR, belum menemukan atau menjumpai sebarang clue yang boleh dikaitkan dengan Boeing 777-200ER kempunyaan Sistem Penerbangan Malaysia (mas) itu.

Sekiranya pesawat terhempas, sudah tentunya, badan pesawat akan pecah apabila berlakunya impak. Namun sehingga kini, tiada tanda-tanda bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew itu terhempas.

Melalui Mid Air Disintegration, bukan sahaja sukar menjumpai kepingan pesawat itu, kesan minyak juga sukar dijumpai.

Walaupun spekulasi bahawa pengganas mungkin terlibat dengan kehilangan pesawat itu, atas sebab dua penumpang yang menggunakan passport curi menaiki pesawat itu, namun tiada clue menunjukkan ke arah itu, atas sebab pihak Pentagon Amerika Serikat, tidak mengesan sebarang letupan diudara semasa pesawat malang itu hilang secara tiba-tiba daripada radar.

Teori Mid Air Disitegration, adalah satu punca yang mendekati kepada kepadaan pesawat itu, atas sebab tiada tanda-tanda panggilan kecemasan atau kod rahsia daripada juruterbang, bahawa pesawat mengalami masalah teknikal atau kecemasan.

Faktor Mid Air Disintegration dihubungkan dengan masalah mekanikal pesawat itu termasuk masalah struktural pesawat.

Pesawat itu dikatakan diselenggarakan hanya 10 hari lalu. Apa kah sesuatu konspirasi berlaku semasa penyelenggaran? Pihak penyiasat berkaitan kehilangan pesawat ini, perlu melihat semua sudut, memandangkan pesawat itu selalu melayani sektor KUL- Beijing, dan diketahui ramai rakyat China merupakan penumpang.

Minggu lalu telah berlaku amok di Selatan China, Kunming, di mana 33 terkorban dan 143 cedera. Kerajaan China menganggap kejadian itu seperti "9-11" semasa serangan Twin Towers New York tahun 2001. Serangan amok di Kuniming itu ada kaitan dengan kaum Ulgurs, yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada China.

Catat Ulasan

 
Top