Sehingga malam ini, semuanya masih belum mempunyai apa-apa pertunjuk. Dalam keadaan seluruh aset dari pelbagai negara dikerahkan berlegar di segenap ruang udara, ditambah pula dengan pencarian di lautan, keadaannya masih statik. Tidak ada maklumat baru yang muncul atau ditemui. Apa yang ada hanyalah maklumat yang sedia ada dalam pengetahuan seperti kejadian penumpang menggunakan paspot yang dicuri.
Pencarian di udara dan laut terus dibuat untuk hari ketiga pagi ini ke atas kapal terbang MH370 di samping pelbagai persoalan terus menyelubungi kedudukan dan identiti sebahagian penumpang di atas pesawat Boeng 777-200ER yang hilang pagi Sabtu lalu.
Pihak berkuasa Vietnam menemui suatu objek yang dipercayai pintu bahagian dalam jet yang berumur 11 tahun itu sekitar 50 batu selatan barat daya pulau Tho Chu, Vietnam.
Pihak berkuasa Malaysia juga menemui tumpahan minyak kira-kira 20 batu nautika dari kedudukan terakhir MH370 sebelum ia hilang daripada skrin radar tanpa sebarang panggilan kecemasan atau isyarat
Siasatan rasmi ke atas kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS), MH370 dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal di atas kapal itu kini difokuskan ke atas kemungkinan ia pecah di pertengahan penerbangan.
Jet syarikat penerbangan Malaysia itu hilang selepas mendaki pada ketinggian 35,000 kaki antara Kuala Lumpur dan Beijing pada awal pagi Sabtu, tetapi pasukan pencari tidak menemui apa-apa puing yang disahkan sebagai rangka selepas 48 jam ia berlepas.
"Hakikat bahawa kami tidak dapat menemui apa-apa serpihan setakat ini nampaknya menunjukkan bahawa pesawat itu mungkin hancur pada ketinggian kira-kira 35,000 kaki," kata seorang pegawai yang terlibat dalam siasatan itu.
Jika jet penumpang itu menjunam dalam keadaan utuh dari ketinggian dimaksudkan dan hanya pecah apabila melanggar air, pasukan pencari dijangka akan menemui puing-puingnya dalam keadaan yang agak terkumpul, kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.
Walaupun 40 kapal dan 22 pesawat meneroka Laut China Selatan dan Selat Melaka bagi mencari kapal terbang itu, pelbagai persoalan lain tertumpu kepada beberapa penumpang penerbangan Kuala Lumpur-Beijing itu.
Sekurang-kurangnya lima penumpang pesawat itu menaikinya dengan menggunakan dokumen meragukan, sekurang-kurangnya dua daripada mereka menggunakan pasport yang dicuri di pulau percutian Thailand, Phuket.
Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa juga dikenali sebagai Interpol, mengesahkan bahawa dua pasport berkenaan direkodkan sebagai hilang atau dicuri di pangkalan datanya, digunakan oleh penumpang penerbangan MH370 yang hilang itu.
"Walaupun terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai sebarang hubungan antara pasport yang dicuri dan kapal terbang yang hilang, ia jelas membimbangkan bahawa ada penumpang dapat menaiki penerbangan antarabangsa menggunakan pasport curi yang disenaraikan dalam pangkalan data Interpol," Setiausaha Agung Interpol, Ronald Noble berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad.
Stesen TV global CNN melaporkan bahawa dua orang yang mengembara dengan penerbangan MH370 menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria kelihatan membeli tiket mereka bersama-sama.
Tiket itu dibeli daripada China Southern Airlines menggunakan matawang baht Thai pada harga yang sama, menurut pengesahan sistem e-tiket rasmi China,Travelsky.
Nombor pada tiket juga berturutan menunjukkan tiket dikeluarkan bersama-sama. China Southern Airlines menjual tujuh tiket melalui kod perkongsian penerbangan, media lain pula melaporkan semalam.
Itali dan Austria mengesahkan tiada rakyat mereka di atas pesawat itu dan pegawai berkata nama warga Itali dan Austria yang dinyatakan sebagai penumpang mengesahkan pasport mereka dicuri di Thailand dua tahun lalu.
Dua tiket yang ditempah melalui China Southern Airlines memulakan penerbangan mereka di Kuala Lumpur, terbang ke Beijing dan seterusnya ke Amsterdam.Sementara tiket pemilik pasport Itali akan terus ke Copenhagen, Austria dan Frankfurt, kata CNN.
Difahamkan tiket dijual di Pattaya tetapi pihak berkuasa sedang mengkaji sebab-sebab bagi perjalanan mengelilingi bandar-bandar Eropah melalui Beijing itu sedangkan Kuala Lumpur mempunyai penerbangan terus ke sana.
"Mengapa perjalanan kedua-dua penumpang dari Thailand itu ke Malaysia, China dan kemudian Eropah? Terdapat penerbangan terus dari Thailand. Jadi ini tidak masuk akal," kata satu sumber.
Identiti dua penumpang Eropah yang lain di atas kapal MH370 itu masih diperiksa manakala agensi berita Xinhua China berkata, terdapat percanggahan berkenaan seorang lelaki Cina yang tidak pernah meninggalkan China tetapi nombor pasport beliau disenaraikan dalam penerbangan itu.
Juga menjadi misteri adalah punca bagi Boeing 777-200ER itu untuk menukar arah dan berpusing ke arah Kuala Lumpur, kata pegawai-pegawai tentera Malaysia pada sidang media semalam.
Namun, juruterbang tidak memberikan sebarang isyarat kepada pihak berkuasa bahawa dia menukar arah ke Kuala Lumpur, kata pegawai yang mengaitkan tanda-tanda dari data radar.
"Hakikat bahawa kami tidak dapat mencari apa-apa serpihan setakat ini nampaknya menunjukkan bahawa pesawat itu mungkin hancur pada ketinggian 35,000 kaki," kata satu sumber yang terlibat dalam siasatan kepada Reuters.
Ditanya mengenai kemungkinan letupan seperti bom, sumber berkata tidak ada sebarang bukti lagi mengatakan wujudnya unsur jenayah dan pesawat boleh pecah kerana sebab-sebab mekanikal.
Berpuluh-puluh kapal tentera dan awam bersimpang siur di bawah laluan penerbangan itu, tetapi tidak menemui pesawat yang hilang, walaupun tumpahan minyak dilaporkan di selatan laut Vietnam dan timur Malaysia.
Lewat semalam, pihak berkuasa Penerbangan Awam Vietnam berkata dalam laman web mereka, kapal terbang tentera laut Vietnam ternampak objek di laut yang disyaki adalah sebahagian pesawat tetapi ia terlalu gelap untuk disahkan.Pesawat pencari kini bersedia untuk kembali untuk mencari serpihan kapal itu hari ini.
"Hakikat bahawa kami tidak dapat mencari apa-apa serpihan setakat ini nampaknya menunjukkan bahawa pesawat itu mungkin hancur pada ketinggian 35,000 kaki," kata satu sumber yang terlibat dalam siasatan kepada Reuters.
Ditanya mengenai kemungkinan letupan seperti bom, sumber berkata tidak ada sebarang bukti lagi mengatakan wujudnya unsur jenayah dan pesawat boleh pecah kerana sebab-sebab mekanikal.
Berpuluh-puluh kapal tentera dan awam bersimpang siur di bawah laluan penerbangan itu, tetapi tidak menemui pesawat yang hilang, walaupun tumpahan minyak dilaporkan di selatan laut Vietnam dan timur Malaysia.
Lewat semalam, pihak berkuasa Penerbangan Awam Vietnam berkata dalam laman web mereka, kapal terbang tentera laut Vietnam ternampak objek di laut yang disyaki adalah sebahagian pesawat tetapi ia terlalu gelap untuk disahkan.Pesawat pencari kini bersedia untuk kembali untuk mencari serpihan kapal itu hari ini.
Catat Ulasan